Tarikh diterbitkan : 18 Oct 2023

MAKLUMAN GANGUAN APLIKASI SISTEM eKADASTER JUPEM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Tuan/Puan,

 

MAKLUMAN GANGUAN APLIKASI SISTEM eKADASTER LANJUTAN DARIPADA AKTIVITI MIGRASI PUSAT DATA JUPEM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

Adalah dimaklumkan JUPEM sedang menaik taraf keselamatan rangkaian dan pengukuhan keselamatan serta pusat data di 13 JUPEM Negeri. Antara proses yang terlibat adalah migrasi pusat data JUPEM WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

Untuk makluman tuan/puan, kerja-kerja migrasi pusat data JUPEM WP Kuala Lumpur & Putrajaya akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

          Tarikh               : 20 hingga 22 Oktober 2023 (Jumaat- Ahad)  

          Masa mula     : 6.00 petang (Jumaat) 

          Masa tamat   : 10.00 malam (Ahad)

 

Sehubungan itu, kerja-kerja migrasi ini akan menyebabkan ganguan capaian terhadap sistem SmartKadaster dan eKadaster JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta aplikasi MyLot dan SPAKLS.