Tarikh diterbitkan : 12 Mar 2024

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN SISTEM eKADASTER DAN MYLOT JUPEM KELANTAN

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja Migrasi Server Sistem eKadaster JUPEM KELANTAN di bawah projek T23/2022 akan dilaksanakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh/Masa Mula    : 21 Mac 2024 (Khamis) jam 12.00 tengahari
Tarikh/Masa Tamat : 23 Mac 2024 (Sabtu) jam 3.30 petang

Sehubungan itu aktiviti ini akan menyebabkan gangguan capaian terhadap sistem eKadaster dan aplikasi MyLot bagi JUPEM KELANTAN.

Pihak Jabatan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Sekian Terima Kasih.