Tarikh diterbitkan : 04 Apr 2024

MAKLUMAN KEPADA SEMUA JURUUKUR TANAH BERLESEN(JTB)

Adalah dimaklumkan bahawa JUPEM Pahang dalam proses pengemaskinian kod UPI baru bagi pengwujudan Daerah Kecil iaitu Gebeng(Kuantan), Genting(Bentong), Jelai(Lipis) dan Muadzam Shah(Rompin).

Kerjasama dari pihak Jurukur Tanah Berlesen (JTB) untuk mengambil tindakan segera terhadap fail-fail yang berada di dalam daerah terlibat supaya proses pengemaskinian dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tarikh akhir pengemaskinian adalah sebelum atau pada 19 April 2024.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai kami, En. Ahmad Rodzi bin Abdul Shukor di talian 09-5668511 atau email kepada ahmad.rodzi@jupem.gov.my