Tarikh diterbitkan : 03 Jun 2020

Penutupan Mod Pembayaran FPX bagi Aplikasi eBiz

Dimaklumkan bahawa mod pembayaran FPX - Financial Process Exchange bagi aplikasi eBiz JUPEM akan ditutup ekoran daripada kerja pemasangan dan pembaharuan sijil FPX oleh PayNet yang akan dilaksanakan pada 3 Jun 2020 (Rabu), jam 8.00 malam sehingga 4 Jun 2020 (Khamis), jam 10.00 pagi. 
Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh membuat transaksi pembelian produk dan langganan perkhidmatan melalui aplikasi eBiz dengan menggunakan mod pembayaran kad kredit dan Prabayar sepanjang tempoh tersebut. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.