Tarikh diterbitkan : 20 Jun 2019

Aplikasi Mudah Alih JUPEM MyRTKnet

Aplikasi Mudah Alih JUPEM MyRTKnet kini boleh dimuat turun di Google Play Store(https://play.google.com/store). Aplikasi yang telah dibangunkan oleh Bahagian Ukur Geodetik dan Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan maklumat ringkas seperti status dan maklumat stesen MyRTKnet, jenis cerapan yang ditawarkan serta kemudahan untuk pengguna memberi maklumbalas atau aduan mengenai Sistem MyRTKnet.