Tarikh diterbitkan : 09 Nov 2020

Permit Kerja di Tapak Kalibrasi R&R Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan

Bermula bulan Ogos 2020, pelaksanaan cerapan kalibrasi GNSS di Tapak Kalibrasi R&R Mambau, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan perlu mendapat permit kerja (Work Permit) daripada pihak PLUS di Plaza Tol Pedas-Linggi. Pengguna yang ingin mendapatkan Work Permit tersebut perlu membawa bersama notifikasi atau maklum balas permohonan yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah Negeri Sembilan Barat, JUPEM Negeri Sembilan ke Plaza Tol Pedas-Linggi. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh merujuk kepada Puan Fazella Salwa binti Solihin atau Encik Herwinsha Nasution bin Mohd Fami di talian 06-767 7005.