Tarikh diterbitkan : 10 Dec 2020

Gangguan Capaian Sistem eBiz 2.0 dan Portal Rasmi JUPEM

Dimaklumkan bahawa capaian kepada Sistem eBiz 2.0 dan Portal Rasmi JUPEM akan mengalami gangguan mulai 11 Disember 2020 (Jumaat), jam 6.00 petang hingga 14 Disember 2020 (Isnin), jam 6.00 pagi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja relokasi peralatan di Pusat Data Utama JUPEM. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.