Tarikh diterbitkan : 26 Dec 2020

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM W. P. Labuan

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM W. P. Labuan termasuklah aplikasi JUPEM2U W. P. Labuan sedang mengalami gangguan capaian bermula pada petang ini (26 Disember 2020) berikutan kerosakan alat penghawa dingin dalam bilik server. Kerja pembaikan dan pemulihan sedang giat dijalankan sehingga diberitahu kelak. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.