Tarikh diterbitkan : 04 Mar 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Terengganu

Dimaklumkan pihak pengurusan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu akan memutuskan bekalan elektrik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Busduct. Oleh itu, semua peralatan di bilik Server JUPEM Terengganu terpaksa ditutup pada hari ini 4 Mac 2021 bermula pukul 2.00 petang bagi mengelakkan berlaku kerosakan.

Sehubungan itu, Sistem eKadaster termasuklah aplikasi JUPEM2U Terengganu tidak dapat beroparasi sehingga 6 Mac 2021 (Sabtu). Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.