Tarikh diterbitkan : 01 Apr 2021

PERMOHONAN KEMASUKAN KE LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME) DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) TAHUN 2021

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini telah melanjutkan tarikh tutup permohonan kemajuan kerjaya laluan pakar bidang khusus (Subject Matter Expert - SME) dari 31 Mac 2021 (Rabu) hingga 30 April 2021 (Jumaat) bagi memberi peluang dan menggalakkan lagi permohonan di kalangan Juruukur yang berkelayakan. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang melalui pautan https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme.