Tarikh diterbitkan : 08 Apr 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Johor

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Johor termasuklah aplikasi JUPEM2U Johor akan mengalami gangguan capaian bermula pada 8 April 2021 (mulai jam 3.30 petang) hingga 11 April 2021 jam 8.30 pagi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan tahunan elektrik di bangunan Wisma Persekutuan Johor Bahru. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.