Tarikh diterbitkan : 06 May 2021

8 Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) JUPEM telah dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP)(SME)

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) Bilangan 3 Tahun 2021 yang bersidang pada 30 Mac 2021 telah bersetuju meluluskan kenaikan pangkat Sr Hazri bin Hassan, Sr Looi Kam Seng dan Sr Hj. Zulkifli bin Sidek, Juruukur Gred 54 ke Juruukur Gred Khas C (KUP)(SME) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020.

Manakala Sr Jasmari bin Jamaludin, Sr Nur Zurairah binti Abdul Halim, Sr Yeap Wei Chien, Sr Mohamad Fuad bin Kahar dan Sr Dr. Muhammad Asyran bin Che Amat, Juruukur Gred J44 turut diluluskan kenaikan pangkat ke Juruukur Gred J48 (KUP)(SME) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pegawai SME JUPEM.