Tugas & Peranan JUPEM
Aktiviti Pemetaan
  • Penyediaan Kemudahan Infrastruktur Ukur Geodetik
    • Ukur Aras
    • Ukur Graviti
    • Cerapan Air Pasang Surut
    • Jaringan Global Navigation Satellite System (GNSS)
  • Ukuran Pemetaan Topografi
    • Penggambaran Udara (Fotogrametri)
  • Penyediaan Peta
    • Peta Topografi Pelbagai Skala
    • Peta Tematik Pelbagai Skala
  • Penyediaan & Pengurusan Pangkalan Data
    • Topografi
    • Kartografi
    • Utiliti
  • Penyelarasan Aktiviti Standardisasi
    • Penentuan Nama Geografi
    • Geomatik
    • Geoinformasi
  • Ukuran Penentuan Sempadan
    • Sempadan Antarabangsa (Darat & Maritim)
      • Malaysia - Thailand
      • Malaysia - Indonesia
      • Malaysia - Singapura
      • Malaysia - Brunei Darussalam
      • Pelantar Benua
    • Sempadan Antara Negeri
  • Ukuran Pengesanan Utiliti Bawah Tanah
  • Perpustakaan Peta Negara
Aktiviti Kadaster
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan persekitaran Kadaster kepada umum.
  • Menjalankan kerja Ukuran Hakmilik Tanah (UHMT) yang berhubung kait dengan penyediaan pelan hakmilik tanah mematuhi Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia/Surat Pekeliling dan lain-lain undang-undang/pekeliling berkaitan yang berkuat kuasa bagi tujuan ukur seperti yang berikut:
    • Pelupusan tanah bagi pemberimilikan dan perizaban;
    • Pecah sempadan;
    • Pecah bahagian;
    • Cantuman;
    • Pengambilan tanah dan sebagainya.
  • Menjalankan semakan kerja Ukuran Hakmilik Strata.
  • Memantau dan mengawal kualiti kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB).
  • Menyediakan Pelan Akui (PA), Pelan Akui Strata (PAB), Pelan Warta dan Lembar Piawai.
  • Menyediakan Suratan Hakmilik Tanah (B1)/Strata (B4)/Stratum.
  • Menyediakan dan menyelenggara maklumat Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB).
  • Membangun dan menyelenggara infrastruktur kawalan ukur kadaster (terabas piawai/Cadastral Reference Mark (CRM)/NDCDB).
  • Menyediakan dan menyelenggara maklumat Pangkalan Data GLMS (Geographical Layer Management System).
  • Menjalankan kalibrasi piawai ke atas semua Tapak Ujian Electronic Distance Measurement (EDM) dan Global Navigation Satellite System (GNSS) di seluruh Negara dan mengemas kini data/maklumat kalibrasi dalam eMalaysia EDM Accredential System (eMEDMAS).
  • Melaksanakan dan mengemas kini maklumat kalibrasi piawai tapak ujian EDM/GNSS di seluruh negara;
  • Menyelaras penggubalan polisi dan dasar teknikal ukur kadaster termasuk ukuran hakmilik tanah, strata, stratum dan marin.
Aktiviti Geospatial Pertahanan
  • Menyediakan produk dan perkhidmatan web geospatial pertahanan untuk keperluan operasi dan latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  • Memberikan bantuan khidmat geospatial pertahanan untuk keperluan bantuan kemanusian dan pengurusan bencana alam.
  • Menyediakan khidmat nasihat teknikal berkaitan geospatial untuk keperluan program pembangunan ATM.
  • Menguatkuasakan Arahan Keselamatan Geosptial Terperingkat.