FORTY-FOURTH MEETING OF THE JOINT INDONESIA-MALAYSIA BOUNDARY COMMITTEE ON THE DEMARCATION AND SURVEY OF THE INTERNATIONAL BOUNDARY BETWEEN INDONESIA (KALIMANTAN UTARA & KALIMANTAN BARAT) AND MALAYSIA ( SABAH & SARAWAK) | 20-24 NOVEMBER 2023
Satu mesyuarat persempadanan antarabangsa di antara negara Malaysia dan negara jiran, Indonesia iaitu ๐น๐๐๐ก๐ฆ-๐๐๐๐กโ ๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐กโ๐ ๐ฝ๐๐๐๐ก ๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ - ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐ต๐๐ข๐๐๐๐๐ฆ ๐ถ๐๐๐๐๐ก๐ก๐๐ ๐๐ ๐กโ๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ฃ๐๐ฆ ๐๐ ๐กโ๐ ๐ผ๐๐ก๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐ข๐๐๐๐๐ฆ ๐ต๐๐ก๐ค๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ (๐พ๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐ก๐๐๐ & ๐พ๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐ต๐๐๐๐ก) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐ (๐๐๐๐โ & ๐๐๐๐๐ค๐๐) atau JIM-44 telah berlangsung pada 20 hingga 24 November 2023 bertempat di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh YBrs. Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan Yang Terhormat Dr. Suhajar Diantoro, Sekretariat Jenderal, Kementerian Dalam Negeri, Republik Indonesia.
Kehadiran delegasi Malaysia ke Mesyuarat ini terdiri daripada Jabatan dan Agensi yang terlibat secara langsung dari segi dasar dan teknikal persempadanan darat antarabangsa Malaysia dan Indonesia antaranya daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS) dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS). Manakala kehadiran di pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) adalah sejumlah sembilan (9) orang Pegawai yang diketuai oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, JMN (Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Malaysia), Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, FRISM (Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan), Sr Saiful Wazlan bin Wahab (Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan), Sr Shaffri bin Baudi (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sabah), Sr Sylvester Luta anak Buli (Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak), Sr Zuhairy bin Ibrahim (Pengarah Ukur Seksyen Bahagian Ukur Geodetik), Sr Saiful Nizam bin Saip (Pengarah Ukur Seksyen Bahagian Ehwal Persempadanan), Sr Simeon Dewal Mail (Pengarah Ukur Seksyen, Bahagian Pemetaan Topografi Sabah) dan Sr Siti Arifah binti Abdul Kader (Penolong Pengarah Ukur, Bahagian Ehwal Persempadanan).
Mesyuarat ini merupakan platform antara kedua-dua negara sebagai serampang dua mata dalam membincangkan dan mengesahkan status kemajuan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa Malaysia - Indonesia, laporan keputusan mesyuarat-mesyuarat teknikal ๐ฝ๐ฐ๐๐ฏ๐ก ๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ฏ๐ ๐บ๐ณ๐๐ถ๐ ๐๐ฏ ๐โ๐ฆ ๐๐ข๐ต๐ ๐ต๐๐ฏ๐๐ช๐๐จ ๐๐๐ถ๐๐ฅ๐๐ณ๐ฆ ๐๐ณ๐๐ฃ๐๐ฆ๐๐ด atau JWG-OBP yang telah dilaksanakan bagi tempoh dari tahun 2019 hingga 2023 serta pelan kerja dan program ukur bagi tahun 2023/2024. Sepertimana diketahui umum, pada awal tahun 2020 dunia telah dilanda wabak COVID-19 dan ianya jua telah memberi kesan kepada perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan. Justeru, Mesyuarat yang berlangsung ini merupakan yang pertama diadakan selepas JIM-43 kali terakhir di Malaysia pada tahun 2019. Pada hari akhir Mesyuarat ini, berlangsungnya sesi menandatangani minit mesyuarat oleh Pengerusi Mesyuarat iaitu oleh YBrs. Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha NRECC dan Yang Terhormat Dr. Suhajar Diantoro, Sekretariat Jenderal, Kementerian Dalam Negeri, Republik Indonesia. Dalam pada itu, pada Mesyuarat ini menyaksikan sesi menandatangani ๐ฝ๐ฐ๐๐ฏ๐ก ๐๐ณ๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐ด ๐๐๐ฑ๐๐ณ๐ก ๐๐ณ๐๐ฎ ๐โ๐ฆ ๐๐๐ช๐๐ต ๐๐๐ณ๐๐ช๐๐จ ๐๐๐ฐ๐ข๐ฑ ๐ฐ๐ ๐โ๐ฆ ๐๐ถ๐ก๐ด๐ก๐ข๐๐ฅ๐๐ฏ๐ ๐ต๐ฐ๐ข๐ฏ๐๐ข๐๐บ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ฎ๐ (๐๐๐-๐๐ต๐) ๐๐ฏ ๐โ๐ฆ ๐๐๐ช๐๐ต ๐๐๐ฎ๐๐ณ๐๐ข๐ก๐ช๐๐ฏ ๐ข๐๐ฅ ๐๐ข๐ณ๐ฃ๐ฆ๐ฆ ๐๐ง ๐ตโ๐ฆ ๐๐๐ต๐๐ณ๐๐ข๐ก๐ช๐๐ฏ๐๐ญ ๐๐๐ถ๐๐ฅ๐๐ณ๐ฆ ๐๐ฆ๐ก๐ธ๐๐ฆ๐ ๐ผ๐ฏ๐๐ฐ๐๐ฆ๐ ๐ช๐ (๐๐๐ญ๐๐ฎ๐๐ฏ๐ก๐ข๐ ๐๐ต๐๐ณ๐ & ๐พ๐ข๐๐ช๐๐ข๐๐ต๐๐ฏ ๐๐๐ณ๐๐ต) ๐๐ฏ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฆ๐ด๐๐ข (๐๐ข๐๐ขโ & ๐๐ข๐๐ข๐ค๐ข๐) oleh Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Malaysia dan ๐น๐ช๐๐ด๐ก ๐ด๐ฅ๐๐ช๐๐ข๐ TNI Dr. Sugeng Suryanto, Direktur Wilayah Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Republik Indonesia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Indonesia.
Mengimbas kembali sesi pertemuan hubungan dua hala antara YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Joko Widodo, Presiden Indonesia pada Jun 2023 tahun ini, soal persempadanan turut menjadi agenda dan Malaysia sangat optimis untuk bersama menyelesaikan beberapa kawasan di persempadanan Malaysia dan Indonesia dalam menggapai hasrat pemimpin tinggi kedua-dua negara menjelang tahun 2024. Justeru, Mesyuarat ini telah mencapai matlamat dan objektif apabila kedua-dua negara secara harmoni dalam memuktamadkan persempadanan darat Malaysia - Indonesia bagi sektor Sabah - Kalimantan Utara selewat-lewatnya pada bulan Jun 2024 sebagaimana yang dihasratkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara dalam memelihara hubungan negara jiran serta keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan rakyat bersama.
Terima kasih diucapkan kepada semua delegasi dan sekretariat Mesyuarat JIM-44 serta semua pihak dalam menjayakan Mesyuarat ini.