Tarikh diterbitkan : 20 Jun 2024
LAWATAN ILMIAH PESERTA KURSUS INSTUN KE PUSAT DATA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 07 Mei 2024
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) bersama 30 orang, termasuk tenaga pengajar dan peserta Kursus Pengurusan Pusat Data telah membuat lawatan ilmiah ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 7 Mei 2024 yang lalu. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan serta perkongsian dari JUPEM berkaitan pengurusan pusat data dan server kepada peserta kursus INSTUN.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Tanah Dan Ukur Negara atas kesudian dan menjadikan Pusat Data di JUPEM sebagai rujukan dan sesi pembelajaran.