Tarikh diterbitkan : 03 Oct 2024

LAWATAN TEKNIKAL JUPEM BERSAMA PBN KE JAJARAN UKURAN SEMPADAN NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA | 25 September 2024

LAWATAN TEKNIKAL  JUPEM BERSAMA PBN KE JAJARAN UKURAN SEMPADAN NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA |   25  September  2024

Satu lawatan teknikal ke kawasan sempadan antara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan dengan kerjasama pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam  meneruskan usaha memuktamadkan hasil penandaan dan pengukuran sempadan antara kedua-dua negeri. 

Kerja penandaan dan pengukuran sempadan antara Negeri Selangor dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah dimulakan oleh JUPEM melibatkan pasukan kerja luar daripada JUPEM Selangor dan JUPEM WP Putrajaya pada awal tahun 2023 setelah termetrainya Memorandum Hasrat Penandaan dan Pengukuran Sempadan pada 24 Jun 2022. Pelan kerja hasil pengukuran yang telah diperhalusi rapi oleh semua pihak terlibat telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri pada Februari 2024.  

Justeru, lawatan teknikal ini adalah satu usaha bersepadu bagi meneruskan sasaran pemuktamadan jajaran sempadan yang telah diukur JUPEM. Lawatan yang diketuai oleh Tuan Ahmad Fairuz bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya disertai oleh wakil-wakil pegawai daripada Bahagian Kadaster, Bahagian Ehwal Persempadanan, Pejabat Tanah dan Daerah Sepang, JUPEM Negeri Selangor dan JUPEM WP KL & Putrajaya.