Tarikh diterbitkan : 05 Feb 2020
Bilik Latihan Ampang Park buat sementara waktu akan beroperasi di Tingkat 1 Bangunan Stor Peta pada 14 Februari 2020
Adalah dimaklumkan bahawa Bilik Latihan Ampang Park yang terletak di tingkat 5, Wisma JUPEM akan dipindahkan ke Tingkat 1 Bangunan Stor Peta mulai 14 Februari 2020.
Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf infrastruktur sokongan bagi Pusat Data JUPEM. Walau bagaimanapun perpindahan ini adalah sementara sehingga kerja-kerja tersebut dijangka selesai pada 30 Oktober 2020.
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh disalurkan kepada:
- Encik Mohamed Badhushah bin Mohamed Shariff
badhushah@jupem.gov.my
03-26170631
- Encik Ahmad Zohde bin Abdul Samad
ahmadzohde@jupem.gov.my
03-26170631
Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.