Tarikh diterbitkan : 26 Mar 2024
NOTIS GANGGUAN CAPAIAN SISTEM EKADASTER DAN MYLOT JUPEM KEDAH
Dimaklumkan sistem eKadaster dan Aplikasi MyLot di JUPEM Kedah akan mengalami gangguan capaian bagi memberi laluan kepada kerja-kerja migrasi semua server aplikasi dari rak sedia ada ke rak baru di bawah Tender JUPEM T23/2022. Tarikh dan masa gangguan adalah seperti berikut :
Tarikh dan Masa Mula : 28 Mac 2024 (Khamis) @ 3.30 ptg
Tarikh dan masa dijangka selesai : 30 Mac 2024 (Sabtu) sehingga selesai
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Sekian, Harap Maklum