Tarikh diterbitkan : 01 Sep 2020
Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Perlis
Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Perlis termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis akan mengalami gangguan capaian bermula pada pukul 2.00 petang ini (1 September 2020) berikutan kerosakan alat penghawa dingin dalam bilik server. Kerja pembaikan dan pemulihan sedang giat dijalankan dan dijangka akan beroperasi semula pada 2 September 2020 (Rabu), jam 5.00 petang. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.