Date Published : 23 Dec 2022

PROGRAM HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2022 (HPTN) |19-21 DISEMBER 2022

PROGRAM HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2022 (HPTN) |19-21 DISEMBER 2022

Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Kementerian Kerja Raya dan Pertubuhan JKR Malaysia telah menganjurkan Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun 2022 Peringkat Kebangsaaan bertempat di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pameran Teknikal, Bicara Selebriti Teknikal, Forum, Kempen Derma Darah dan lain-lain.

YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) turut hadir pada Majlis Perasmian Sambutan HPTN yang telah dirasmikan secara maya oleh YBhg. Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menghantar 10 orang wakil bagi menghadiri Program Hari Profesion Teknikal Negara 2022 ini. Wakil-wakil dari JUPEM telah menerima pelbagai info-info yang menarik melalui Bicara Selebriti dan forum yang telah dijalankan sepanjang Program HPTN ini di samping Pameran-pameran Teknikal yang ada.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama Kementerian Kerja Raya dan Pertubuhan JKR Malaysia yang telah menganjurkan Program yang sangat baik ini. Terima kasih juga diucapkan kepada wakil-wakil dari JUPEM yang turut hadir memeriahkan program ini.