Date Published : 12 Jul 2024

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 | 20 Jun 2024

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2023 | 20 Jun  2024

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tahun 2023 telah diadakan pada 20 Jun 2024 (Khamis) di Prima Ballroom, Wisma LJT, Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP).


Mengangkat tema “Kecemerlangan Insani Wadah Aspirasi  MADANI” pada majlis kali ini, seramai 318 orang pegawai dari JUPEM seluruh Malaysia telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023.


YBrs. KPUP dalam ucapannya berharap pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat, pencetus inspirasi dan seterusnya menjadi suri teladan kepada semua warga JUPEM dalam membentuk dan memantapkan lagi ekosistem pekerjaan yang cemerlang.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC JUPEM bagi tahun 2023, dan Jabatan amat berbangga di atas segala khidmat yang dicurahkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penganugerahan ini.


Majlis ini turut disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM.