Date Published : 16 Jul 2024

MENYANTUNI KETIBAAN ENCIK RAJA ZULMUAWIAH BIN RAJA HASSAN OLEH KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 21 Jun 2024

MENYANTUNI KETIBAAN ENCIK RAJA ZULMUAWIAH BIN RAJA HASSAN OLEH KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 21 Jun  2024

KLIA 1, SEPANG: YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama Isteri, YBrs. Puan Rabaah binti Fauzi, Pengerusi PUSPANITA JUPEM berkesempatan menyantuni ketibaan Encik Raja Zulmuawiah bin Raja Hassan bersama isteri, Rohani bin Seman di Lapangan Terbang KLIA I, Sepang, Selangor. 

En.Raja Zulmuawiah bertugas dari Bahagian Ukur Geodetik (BUG), beliau telah mengalami kemalangan ketika menjalankan pengukuran sempadan antarabangsa di Pulau Sebatik, Tawau, Sabah. 

Beliau telah mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tawau dan telah dibenarkan balik ke Semenanjung Malaysia dan meneruskan rawatan disini.

Turut hadir menyambut ketibaan Encik Raja Zulmuawiah Bin Raja Hassan adalah YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur Bahagian Bahagian Ehwal Persempadanan, Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur Bahagian Geodetik, Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar Dan  Penyelarasan Pemetaan, Puan Tan Lee Cheng, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ahli PUSPANITA JUPEM dan kakitangan JUPEM.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Encik Raja Zulmuawiah bin Raja Hassan dipermudahkan dan diberi kesembuhan dengan izin Allah. Semoga beliau dan keluarga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan dugaan ini serta dipermudahkan segala urusan.